Saya sebuah kereta.

Saya sebuah kereta. Saya di lahirkan di sebuah kilang. Nama saya ialah Proton Wira. Di situ saya mempunyai banyak kawan.

Pada suatu hari saya dihantar disebuah kedai kereta. Nama kedai itu ialah EON. Di situ juga saya mempunyai banyak kawan. Di sana saya dijaga dengan baik.

Beberapa hari kemudian ada seseorang datang untuk membeli kereta. Lalu orang itu membeli saya. Saya berasa seronok sekali. Orang itu menjadi tuan saya. Tuan saya membawa saya kemana sahaja.

Dirumah tuan, saya tidak mempunyai kawan tetapi saya berasa sungguh seronok sekali. Saya suka dengan tuan saya.

Pada suatu hari saya telah terlangar tiang lampu. Saya rosak teruk. Tuan saya tercedera dan dia dihantar ke hospital. Saya pula dihantar ke bengkel untuk dibaiki. Saya berasa sungguh malang sekali. Saya tidak boleh digunakan lagi.

Saya dijual di kilang kereta. Disitu saya dibuat balik. Tuan saya membeli sebuah kereta yang lain.


| home |