Saya di iringi oleh abah, emak dan adik saya. Di klinik itu doktor menyuruh saya membuang air kecil dahulu. Kemudian doktor menyuruh saya baring di atas katil. Doktor memberi saya tiga jarum suntikan bius. Saya merasa sangat sakit sambil mengerit-jerit "Abang sakit! Abang sakit!". Ayah saya berada di sebelah saya menyuruh saya diam. Ayah juga takut melihat saya menjerit.
Doktor memberitahu kalau nak menjerit, menjeritlah sekuat-kuat hati tapi jangan meronta-ronta. Lepas suntikan doktor memotong kulit kemaluan saya. Saya tidak merasa sakit lagi semasa dipotong. Selepas itu doktor menjahit disekeliling kemaluan saya. Selepas itu kami pun pulang. Saya tidak dapat berjalan dengan betul dan di pimpin olih ayah saya. Di rumah saya Opah dan Wan Nyah menunggu saya. Saya duduk di atas kerusi malas mengerang kesakitan kerana ubat bius telah habis. Saya diberi ubat makan untuk menahan kesakitan.
Pada malam hari itu, satu majlis kenduri kesyukuran di adakan di rumah saya. Ramai jiran-jiran dan saudara-mara saya datang. Saya merasa lega dan senang hati kerana telah selesai satu pengalaman yang sangat di takuti olih rakan-rakan sebaya saya.
(Gambar-gambar telah di masukkan, sila klik pada text biru. Sila datang lagi)