Aku sebuah jam. Aku diperbuat
di sebuah kilang. Di situ aku ada banyak kawan.
Selepas aku siap aku di hantar ke sebuah kedai.
Selepas aku di hantar ke kedai itu, aku pula di jual. Semasa di jual ada seorang pemuda datang untuk membeli aku. Aku berasa sangat gembira apabila dapat tuan baru.
Tuan aku memasukkan betree di belakang aku. Jarum di muka aku mula bergerak. Selepas aku di masukkan beteree, aku pula di gantung.
Tuan aku sangat sayangkan aku. Tiap-tiap hari dia tengok jarum di muka aku. Aku sangat gembira dengan tuan aku.
Pada satu hari , aku tidak boleh bergerak dan berfungsi lagi. Tuan aku cuba membetulkan aku tetapi tidak berjaya.
Selepas tuan aku tidak berjaya
membetulkan aku , dia membuang aku ke dalam tong sampah. Kemudian dia membeli
jam yang lain. Aku berasa sangat sedih.